BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 8, 2011

::.. aTas nAmA cINta ..:: [by 'Aainaa]


Coretan kumulakan dengan lafaz Bismillah,

Aku cuba, Aku gagahi dan  Aku kerah segala kudrat yang ada untuk melakar tinta,

Bukan aku orangnya yang pandai bermain dengan kata-kata,

Bukan juga aku orangnya yang pandai bergurau senda,

Tidak juga menjadikan kemanjaan itu sebagai sifat kedua,

Namun, atas nama cinta,

Aku berdiri,
Aku selusuri,
Aku ladeni

Hampir setengah tahun aku disini, melayari hari-hari yang mendatang dengan penuh rasa kesyukuran. Terkadang kegembiraan turut menyinggah di tubir hati. Namun, tidak dapat dinafikan, di sebalik perasaan itu, hadirnya satu rasa rendah diri yang amat mendalam. Aku hanyalah insan biasa, yang tidak punyai apa-apa jika hendak dibandingkan dengan kalian. Kalian orangnya hebat-hebat. Punyai ilmu dan pengalaman yang cukup banyak. Sedangkan  aku? Aku cuba memujuk diri sendiri dengan mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang boleh menutup kesedihan dan kekurangan.

Kalian,, masa yang ada bersama kalian, tidak akan dapat kulupakan. Walau jarak bakal menjadi pemisah, andai taraf bertukar ganti dan hinggakan jika hari-hari yang mendatang dipenuhi dengan jadual hidup yang sangat padat, aku yakin, aku tetap akan merindui masa dan saat ketika kita bersama.

“ Bukankah hati kita telah lama menyatu, Dalam tali kisah persahabatan Ilahi, pegang erat tangan kita terakhir kalinya, hapus air mata meski kita kan terpisah “

Ukhuwwah itu umpama untaian tasbih,
Diratib demi mencari keredhaanNya.

Teman-teman yang disayangi,
Gagahnya saya berdiri selama ini adalah kerana kalian.
Kakak-kakak yang saya hormati,
Teguhnya saya di bumi ini atas sokongan dari kalian.

Adik beradik yang saya cintai,
Kalianlah tulang belakang saya di sini.

How do I get through without you guys, what can of life would that be. Without you guys, there would be no sun in my sky, then, there would be no more light in my life.

Maafkan saya jika saya ada berbuat kesalahan. Saya juga insan biasa, yang punya banyak kekurangan.

Please do keep me safe,,take a very good care of me,,do tell me if i've done something wrong,,do correct me to be in a proper way than before,,do always be with me.~!!

Kerna aku insan dan kalian juga insan. Aku butuh peringatan dan aku perlukan bimbingan.

::.. rINdu sAAT iNi ..::

Sunday, January 9, 2011

Cukuplah!~ [by Kami]


Setiap hari baru adalah hadiah, bagaimana kita gunakan? Setiap bulan baru adalah anugerah, bagaimana kita manfaatkan? Setiap tahun baru adalah masa tambah, bagaimana kita gerakkan? Allah, allah, allah!~ 

Walaupun sedikit lewat, kami masih tidak mahu lupa mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432H dan Tahun Baru 2011 kepada semua. Hari ini 05 Safar 1432H bersamaan 09 Januari 2011. Bererti sudah 35 hari berlalu bagi tahun baru mengikut kalendar Hijrah dan 09 hari bagi kalendar Masihi. Bagaimana keadaan kita semua? Ada penambahbaikan? Ada peningkatan? Moga-moga ada walau hanya sedikit. Jom sama-sama teruskan perjuangan. Jangan pernah putus asa dalam menjalani kehidupan ya!~


Andai ada permasalahan, ayuh berusaha mencari jalan penyelesaian, andai ada kesedihan, mari usahakan kegembiraan, andai ada kesusahan, cuba hadirkan sedikit kesenangan. Itu sifir kehidupan, jika inginkan warna-warni seindah pelangi, haruslah diziarahi oleh hujan terlebih dahulu.
 
Apa-apa pun, ujian dalam ujian memang menguji kesabaran. Apabila emosi mengatasi iman, hmm. Terimalah dengan hati terbuka, nilai dan fikir dengan rasional, insha allah pasti akan menghasilkan kesedaran. Cubalah empati, maka kita akan mengerti, lahirkanlah simpati maka kita akan menghargai kerna telah memahami. Kita semua kan saling menyayangi untuk Robbul 'Izzati??


Untuk semua yang masih atau bakal menghadapi peperiksaan, semoga dipermudahkan. Bagi yang sudah selesai, susunlah masa cuti yang kita ada agar bermanfaat untuk semua, tidak sia-sia, ada keberkatan, tidak hilang punca, dan bernilai ibadah di sisiNya yang Esa. Buat mereka yang sudah merancang percutian, ingatlah, bukan bilangan tempat yang sudah dilewati itu yang perlu dikejar dan dibangga-banggakan, namun iktibar dan pengajaran yang diperolehi itulah sebaik-baik pengembaraan!~

This world will mesmerize us.Then we will we forget our time, our death and our graves, faghfirlana ya Allah!~ 

**From 4 of Us; Achik Ifah, Ya, Piya, 'Aainaa**  

p/s : Takziah untuk Kak Nawwar a.k.a cik BKP kami dan keluarga beliau atas pemergian ayahanda tercinta hari ini. Akak, semoga tidak terus diulit dengan kesedihan, kerana arwah bertemu kegembiraan yang abadi di sana bersama Dia. Kami sentiasa mendo'akan yang terbaik untuk akak, insha allah. Ya Allah, kurniakan ketabahan, kekuatan, dan kesihatan yang baik buat kami semua. Benar, cukuplah kematian itu sebagai satu peringatan. 














Saturday, December 18, 2010

Baitul Muslim Itu Mardhatillah!~ [by Achik Ifah]

Kami berusrah di Sakinatul Wafa' setiap hari, setiap kali waktu makan, alhamdulillah. "Achik, Baitul Muslim tu apa? Kat Jordan ada tak Baitul Muslim? Kat Mesir ada kan?" 'Aainaa memulakan bicara sambil kami mengambil nasi, menyenduk lauk, dan menuang air.

"Err, soalan apa tu?" sengaja saya menyoal semula. Masing-masing pun mula memberi pandangan mereka, dan mengapa mereka membangkitkan persoalan itu. Saya sekadar memasang telinga, sekali-sekala mengangguk setuju, mengeleng kepada tanda keliru, yang penting, perut kenyangkan dahulu, hehe.

"Nak dengar jawapan achik pulak?" saya cuba mencari ruang untuk kembali menjadi penerang. "Baitul Muslim ada je kat mana-mana," saya membuat kenyataan sendiri.


Baitul Muslim; saya mendengar kalimah itu sejak di sekolah menengah. Apabila disebut sahaja Baitul Muslim, ramai yang akan tersenyum simpul. Masing-masing membayangkan Baitul Muslim itu sebegini :

1) Mencari jodoh : ini hanya salah satu peranan, bukan tujuan utama.

2) Istikharah : sebenarnya, istikharah bukan untuk isu jodoh semata-mata, tujuan sebenar istikharah adalah untuk memohon bimbingan Allah dalam setiap tindakan kita, dari sekecil-kecil hal, hinggalah yang sebesar perkara, dengan harapan, ada rasa kebersamaan Allah dalam setiap keputusan.

3) Ciri-ciri pasangan yang ideal : bercerita soal ciri-ciri takkan pernah habis, persiapkan diri ke arah ciri-ciri yang diimpikan.

4) Cara-cara memilih pasangan yang baik :
"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." (HR Tarmidzi dan Ahmad)

5) Bercinta dengan cara Islam : cinta itu fitrah, tidak membenarkan cinta bererti membunuh kualiti sebenar seorang Muslim, namun ada caranya.

dan lain-lain lagi.

Hakikat sebenar, Baitul Muslim bukan sekadar itu, bahkan lebih dari itu. Baitul Muslim merupakan tangga kedua selepas Individu Muslim. Selepas Baitul Muslim, barulah Mujtama' Muslim, Dawlah Islamiyyah, Khilafah Islamiyyah, dan akhirnya membentuk Istazi'atul 'Alam.

Kalaulah Baitul Muslim itu sekadar membincangkan perkara-perkara yang sedemikian, mustahillah untuk membentuk Mujtama' Muslim yang diimpikan. Hatta, semakin lambat pula Istazi'atul Alam itu terbentuk.

Baitul Muslim itu sendiri membawa maksud, rumah orang Islam. Orang Islam yang bagaimana?? Orang Islam yang mengamalkan dan mempraktikkan Islam dalam kehidupan. Menjadikan Islam sebagai pakaian rasmi untuk rohani dan jasmani.

Dari Baitul Muslimlah yang akan melahirkan lebih ramai lagi kader-kader da'wah, mujahid-mujahid Islam. Baitul Muslim adalah peringkat penting dalam usaha untuk kembali melihat Islam tertegak sebagai sistem yang memerintah dunia.

Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai Allah, keperluan mencari isteri atau suami yang diredhai Allah, keperluan mentarbiyyah anak agar membesar dalam keredhaan Allah, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat, juga bersama-sama redha Allah. Inilah Baitul Muslim, ke arah Mardhatillah.

"Jangan fikir bila kita sebut tentang Baitul Muslim ni, maknanya dah gatal sangat nak kahwin, Baitul Muslim bermula dengan diri sendiri," panjang lebar saya bercerita. Shahira tersenyum simpul. Ahhaa~

Itulah signifikan Baitul Muslim berada di tangga kedua selepas membentuk Individu Muslim. Sebatikan diri kita dengan kehidupan Islam terlebih dahulu. Disiplin, akhlak mulia, kebersihan, kecekapan, menuntut ilmu, bertanggungjawab, tarbiyyah diri. Islahkan diri, tingkatkan kualiti. Supaya kelak, mudah memacu keluarga yang mawaddah dan rahmahnya abadi. Suami dan isteri saling melengkapi, menjadi murabbi dalam famili.

Baitul Muslim; bermula dengan diri sendiri. Baitul Muslim; konsep untuk membina ummah berkualiti. Seriuslah dalam mempersiapkan diri, bersungguhlah dalam menggerakkan peribadi. Bermula dari hari dan saat ini.

"Setuju!" serentak Sofia, 'Aainaa, dan Shahira memberi respon. Alhamdulillah~

by Achik Ifah~