BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 18, 2010

Baitul Muslim Itu Mardhatillah!~ [by Achik Ifah]

Kami berusrah di Sakinatul Wafa' setiap hari, setiap kali waktu makan, alhamdulillah. "Achik, Baitul Muslim tu apa? Kat Jordan ada tak Baitul Muslim? Kat Mesir ada kan?" 'Aainaa memulakan bicara sambil kami mengambil nasi, menyenduk lauk, dan menuang air.

"Err, soalan apa tu?" sengaja saya menyoal semula. Masing-masing pun mula memberi pandangan mereka, dan mengapa mereka membangkitkan persoalan itu. Saya sekadar memasang telinga, sekali-sekala mengangguk setuju, mengeleng kepada tanda keliru, yang penting, perut kenyangkan dahulu, hehe.

"Nak dengar jawapan achik pulak?" saya cuba mencari ruang untuk kembali menjadi penerang. "Baitul Muslim ada je kat mana-mana," saya membuat kenyataan sendiri.


Baitul Muslim; saya mendengar kalimah itu sejak di sekolah menengah. Apabila disebut sahaja Baitul Muslim, ramai yang akan tersenyum simpul. Masing-masing membayangkan Baitul Muslim itu sebegini :

1) Mencari jodoh : ini hanya salah satu peranan, bukan tujuan utama.

2) Istikharah : sebenarnya, istikharah bukan untuk isu jodoh semata-mata, tujuan sebenar istikharah adalah untuk memohon bimbingan Allah dalam setiap tindakan kita, dari sekecil-kecil hal, hinggalah yang sebesar perkara, dengan harapan, ada rasa kebersamaan Allah dalam setiap keputusan.

3) Ciri-ciri pasangan yang ideal : bercerita soal ciri-ciri takkan pernah habis, persiapkan diri ke arah ciri-ciri yang diimpikan.

4) Cara-cara memilih pasangan yang baik :
"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." (HR Tarmidzi dan Ahmad)

5) Bercinta dengan cara Islam : cinta itu fitrah, tidak membenarkan cinta bererti membunuh kualiti sebenar seorang Muslim, namun ada caranya.

dan lain-lain lagi.

Hakikat sebenar, Baitul Muslim bukan sekadar itu, bahkan lebih dari itu. Baitul Muslim merupakan tangga kedua selepas Individu Muslim. Selepas Baitul Muslim, barulah Mujtama' Muslim, Dawlah Islamiyyah, Khilafah Islamiyyah, dan akhirnya membentuk Istazi'atul 'Alam.

Kalaulah Baitul Muslim itu sekadar membincangkan perkara-perkara yang sedemikian, mustahillah untuk membentuk Mujtama' Muslim yang diimpikan. Hatta, semakin lambat pula Istazi'atul Alam itu terbentuk.

Baitul Muslim itu sendiri membawa maksud, rumah orang Islam. Orang Islam yang bagaimana?? Orang Islam yang mengamalkan dan mempraktikkan Islam dalam kehidupan. Menjadikan Islam sebagai pakaian rasmi untuk rohani dan jasmani.

Dari Baitul Muslimlah yang akan melahirkan lebih ramai lagi kader-kader da'wah, mujahid-mujahid Islam. Baitul Muslim adalah peringkat penting dalam usaha untuk kembali melihat Islam tertegak sebagai sistem yang memerintah dunia.

Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai Allah, keperluan mencari isteri atau suami yang diredhai Allah, keperluan mentarbiyyah anak agar membesar dalam keredhaan Allah, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat, juga bersama-sama redha Allah. Inilah Baitul Muslim, ke arah Mardhatillah.

"Jangan fikir bila kita sebut tentang Baitul Muslim ni, maknanya dah gatal sangat nak kahwin, Baitul Muslim bermula dengan diri sendiri," panjang lebar saya bercerita. Shahira tersenyum simpul. Ahhaa~

Itulah signifikan Baitul Muslim berada di tangga kedua selepas membentuk Individu Muslim. Sebatikan diri kita dengan kehidupan Islam terlebih dahulu. Disiplin, akhlak mulia, kebersihan, kecekapan, menuntut ilmu, bertanggungjawab, tarbiyyah diri. Islahkan diri, tingkatkan kualiti. Supaya kelak, mudah memacu keluarga yang mawaddah dan rahmahnya abadi. Suami dan isteri saling melengkapi, menjadi murabbi dalam famili.

Baitul Muslim; bermula dengan diri sendiri. Baitul Muslim; konsep untuk membina ummah berkualiti. Seriuslah dalam mempersiapkan diri, bersungguhlah dalam menggerakkan peribadi. Bermula dari hari dan saat ini.

"Setuju!" serentak Sofia, 'Aainaa, dan Shahira memberi respon. Alhamdulillah~

by Achik Ifah~



Tuesday, December 7, 2010

Hujan Turun Lagi [by Achik Ifah]

Langkah dialun,
mahu mengutip pahala ziarah,
Pandangan dipandu,
melihat langit yang luas membiru.

Setitis demi setitis,
permata kecil hinggap di wajah,
tiba-tiba!
Teruja,
hujan hadiah dariNya.

Nah,
betapa berharganya nikmat itu di bumi nan gersang,
sudah lama ia tidak menyinggah,
mungkinkah kerna dosa-dosa yang kami lakoni?
atau hanya semata-mata ekosistem yang perlu disalahi?

Mengimbas semula,
saat-saat mentari bersembunyi di sebalik awan pagi,
Terdetik di kalbu,
moga ini hadiahMu buat kami di tahun baru!

LoveMissCare by; Achik Ifah

~Happy 1432H, New Year, New Chance To Improve~



Sunday, November 21, 2010

Terima Kasih Semua [by Kami]

Kami mengambil kesempatan sempena cuti Hari Raya Aidiladha baru-baru ini untuk mengadakan sedikit jamuan bagi semua akhawat di Mu'tah. Khususnya untuk adik-beradik Sakinatul Wafa, Binafsha, Ridzuan, Negeri Sembilan Blezz Group [Syabab dan Akhawat], dan umumnya untuk semua. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih atas kehadiran kalian. Mohon maaf atas kesilapan, kekurangan, dan kekhilafan yang ada. [Terutamanya insiden pintu bilik talak, adeh! huuu~]

Ukhuwwah tidak bererti selalu bersama namun bisa dikukuhkan dengan ziarah dan ingatan yang kerap lebih-lebih lagi di dalam do'a. Maka, ayuhlah kita semua selalu, sering, dan sentiasa memohon kepada yang Maha Esa untuk dikekalkan ikatan hati-hati ini. Moga dengan ikatan ukhuwwah yang utuh dapat memudah dan menguatkan kita untuk meneruskan perjuangan dan menunaikan amanah sebagai seorang pelajar yang berjaya, muslim yang musleh, anak yang soleh, kakak, abang, senior, junior, isteri, suami, ibu, pengajar, dan lain-lain.

donut chumeLL

 jus anggur sedap

laksa johor spicy

nasi beriyani ukhuwwah

kentang goreng mesra sos Thai

sphagetti goreng sihat
  
~Yok Kembali Ke Sekolah a.k.a Jami'ah Dengan Sihat dan Semangat~
^^Lets Serving The Almighty^^
**Tenang-Tenang Aje By Achik Ifah**



Saturday, November 20, 2010

'Eid Mubarak Aidiladha!~ [by Kami]


Erti pengorbanan apabila saling memberi dan menerima, juga saling mengingati tidak melupai, dan saling menyayangi tidak membenci, saling, saling, saling, indahnya hidup apabila semuanya saling!~ Salam aidiladha buat semua dari kami, moga Allah redha~~

Wednesday, November 10, 2010

Saya Mahu Marah, Boleh Tak? [by Achik Ifah]

Surah AlBaqarah, ayat 286 :
Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.
 "Achik, boleh tak ajar macam mana nak buat isbat tholib?" pinta seorang pelajar baru. Lalu saya memilih untuk menerangkan all the steps untuk proses tersebut. Tapi, bukan mudah untuk terus faham kalau hanya mendengar teori kan? Maka, kami terus menuju ke Mujamma' Qodim untuk memulakan operasi.

Keesokan harinya, "Achik, boleh tak ajar macam mana nak buat isbat tholib?" sekali lagi beberapa orang pelajar baru memohon pertolongan. "Boleh, boleh, takde masalah," kali ini kami terus ke Mujamma' Qodim tanpa belajar teori terlebih dahulu. Praktikal terus lagi senang kot, hee.

Esok, dan esok, dan esok lagi, keadaannya masih sama.

Oooppss, isunya di sini bukan isbat tholib mahupun isu pelajar baru, apatah lagi isu kasyfu alamat yang memang dah keluar dari tajuk. Hal yang sebenar adalah ketika mahu berdepan dengan pekerja-pekerja di jamiah.

Setelah slip bayaran diserahkan...

"Nama pelajar ni takde simpanan dalam bahasa inggeris," tegas Makcik A. "Owh, macam tu. Hmm, boleh tak saya nak tengok dulu?" pinta saya. "Eh, awak ni tahun berapa? Takkan tak faham saya cakap apa? Kalau dah takde tu, kena lah mintak kat Asmahan, bukan tengok kat saya!" bertambah tegas nampaknya Makcik A ni ye, errr~

"Awak ni nak buat dalam bahasa inggeris ke bahasa arab?" Makcik A bertanya. "Meh kejap saya tunjukkan yang mana satu nak buat bahasa inggeris, mana satu yang nak bahasa arab," saya menawarkan pertolongan. "Heish, saya nak cepatlah, kenapa awak ni lambat sangat?" Makcik A tersebut 'beramah mesra' sambil menghempaskan kertas-kertas yang ada di atas meja beliau. Adeh!~

Dan esok, dan esok, dan esok, semakin banyak episod yang melibatkan saya bersama-sama Makcik A yang chumeLL itu untuk mencetak isbat tholib yang dimahukan. Haha, kena lagi!~

Indah betul kenangan-kenangan itu ye, err~

Huuu, apa sebenarnya yang nak disampaikan? Sesungguhnya saya benar-benar diuji untuk bersabar di setiap situasi di atas. Ya, dahulu saya bukan seorang yang penyabar. Panas baran itu dah tentu. Tersalah orang lah kalau ada yang menganggap saya setenang air sungai yang mengalir, hihi. Bukan sungai Nil tau!~

Namun, saya telah dididik untuk cuba bersabar, selalu, sering, dan sentiasa, itulah didikan yang saya terima. 

Dulu-dulu...

"Achik pernah dengar tak orang kata 'sabar pun ada hadnya'?" Abah memulakan bicara sambil memandu kereta dengan tenang. Saya mengangguk-angguk tanda mengiakan. "Abah tak setuju dengan kata-kata macam tu, nak tahu kenapa?" sambung Abah lagi. "Nak, nak!" saya menjawab dengan penuh teruja.

Mari kita rujuk kembali kepada sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang kita pelajari dalam Fiqh Sirah Nabawiyyah bersama Dr. Mustafa ataupun Dr. Ali Fawwaz. Ujian yang ditimpakan ke atas baginda sangat hebat.

Kehilangan ayah sebelum dilahirkan, kematian ibu ketika masih kecil, datuk pula pergi menghadap yang Maha Esa ketika baru mahu bermanja, bapa saudara dijemput pulang ketika sedang menghadapi tekanan, kemuncak yang paling tinggi seterusnya pula ialah ketika Khadijah Binti Khuwailid dipanggil pulang oleh yang Maha Besar. Konklusinya, semua insan yang baginda kasihi diambil kembali oleh Allah.

Belum lagi dikira ujian ketika mahu menyebarkan risalahNya. Dibaling najis, dihujani batu, dipulau oleh kaum sendiri, cedera dalam peperangan, dan macam-macam lagi. Zaman baginda bukannya ada Facebook, YM, Skype, internet mahupun telefon bimbit seperti kita sekarang untuk digunakan bagi memudahkan penyebaran da'wah. Namun berkat kesabaran, ketabahan, kekuatan, dan kecekalan baginda, Islam sampai kepada kita dan hari ini kita dapat mengenal Allah juga merasai indahnya iman, alhamdulillah.

Mungkin ada sesetengah mengatakan bahawa  baginda dapat menghadapi ujian-ujian tersebut kerana baginda merupakan seorang Rasulullah.

Sedarlah, baginda juga manusia biasa seperti kita, yang membezakan cuma baginda ditugaskan membawa risalah Allah serta mempunyai keimanan yang benar-benar mantap. Tambahan pula, ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan baginda sendiri. Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat, bukankah itu sifirnya?

"Sebab itu sabar sebenarnya tiada had, sabar itu indah, hanya kita yang perlu bijak memilih untuk sabar atau tidak," Abah menghabiskan tazkirah ringkasnya hari ini dengan senyuman. "Kalau macam tu, Abah tak boleh marah-marah kitorang lagi lah kan?" saya mengusik. "Itu dah masuk tarbiyatul awlad pulak, tak sama situasi," kata Abah. Hehe, baiklah!~

[Takde motif letak gambar Ahmad Ibrahim Bin Azam, huhu :p eh, ada, ada, motifnye ialah bersabar menahan rindu, haaa ;)]
 Kita boleh mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang tinggi kepadaNya, insha allah. Ingatlah bahawa kita ini hanyalah manusia yang fitrahnya lemah. Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t.

Bersabarlah dalam semua keadaan, dimarah, dicerca, ditegur, kehilangan, kegagalan, kejayaan, dibenci, difitnah, dibebani, dan semua jenis ujian yang ada di muka bumi ini.

Bahkan Nabi s.a.w. sendiri melarang kita untuk marah. Baginda menegaskan sebanyak 3x di dalam hadis baginda berkaitan sifat negatif ini. Hmmm...

Kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya!~

p/s : kena tengking je pun Achik Ifah nih! Huuu~

**Tenang-Tenang Aje by Achik Ifah**



Monday, November 8, 2010

When There Is A Will, There Is A Way!~ [by Achik Ifah]

To love Allah is what we love to do!~ Such a simple conclusion that I can give right now to describe us, The Crew of Sakinatul Wafa’.

This blog can be a diary where we express our feeling wholeheartedly. It is also a simple journal where we record each moment in our daily life.

To write sincerely from deep of our heart,to share our toughts and opinions,to evaluate ourselves as full-time Muslim,to remind one another ;

“And remind,for verily,the reminding profits the believers.”
Az-Zariyat:55


That’s us!

Hmm, why not we share something different? Something that can make us more m0tivated maybe. Ahha, this is a common thing that I usually use to rise up my own spirit.

What do you think of this life means? According to Imam Hassan AlBanna, time is life! And for me, when time is life, life is time too. I remember a message I read from my sister’s book which says;

"Every sweat that drops and every breath we take if not taken for the sake of Allah, will lead to regret and sorrow on the day of judgement"
-Ibn Qayyum-

Very few of us like to think commonly about our daily life and especially our final destination of this life. Or in short, MUHASABAH! We, nowadays generation are lazy to think about serious things! This is our biggest backward as a Muslim to achieve what our past generation had achieved and built-the splendid Islamic civilisation. The Crew of Sakinatul Wafa’, we can’t let ourselves being this ya!~ 



langkah tercipta~ [by Piya]

                                             Bismillah ^_^ in the name of ALLAH
langkah tercipta> lirik yg memotivasikan kami :)
 Lewat pertemuan kita semua dulu..sedar tak sedar,sejauh ni dah kite mlangkah,kan?
achik> praised be to Allah ats pertemuan ini~since SHAMS
'aainaa> mule2 jumpe mase interview!
shira-ya> slalu terserempak time buat urusan kan
*jodoh-pertemuan-perpisahan: takdirNya yg terindah*

Perjalanan yang bukan senang,bukan mudah,bukan sekejap,bukan pendek,bukan suka. tapi tak jugak susah,tak sukar,tak lama,tak panjang,tak gembira ^_^
ALLAH~ segalanya dalam pengetahuannya,Alhamdulillah dipermudahkan sehingga kini.

Kalau nak ingat balik,dari mula2 permohonan,interview,taklimat,PITT,ke Mesir sampailah ke Jordan. semuanya kita dah lalui sama2,mcm2 cerita sebalik ni semua, cerita kita,cerita Dia.praised be to ALLAH.

Ape yang penting selain k.e.r.j.a.s.a.m.a?..
ye,tugas kita di sini untuk belajar,tapi bukan itu semata-mata~
carilah ilmu dengan niat hati yg ikhlas,demi menuju redha Ilahi
baru lah macam2 kita rase,kan bile dah jauh dr ibu,ayah,keluarga,org2 yg kita sayang,teman2,sahabat. perasaan yang kita rase,kita sorang je rase,yeke? haha
betul laa : kita lebih menghargai dan mengingati bile kite jauh/kehilangan sesuatu tu,kan.kan.kan?..

   ya Allah,peliharalah dan rahmatilah kedua-dua ibu bapa kami seperti mana mereka memelihara kami sejak kecil. semoga kami semua menjadi anak2 yg solehah dan memberi manfaat kepada mereka.

     Ni la namanya pengorbanan buat kita semua,kankeSABARan memang paling tinggi dituntut,kita bukan datang saja-saja,datang untuk sia-sia.kerinduan itu fitrah,anugerah dariNya juga. yakinkan diri untuk percaya akan ketentuan yang telah ditakdirkan. titipkan padaNya lewat2 sujud dan doa, berilah ketentuan yang terBAIK!  kita kena belajar untuk belajar erti kehidupan ni seluruhnya kan, untuk kita amalkan dan sebarkan. ni baru langkah permulaan,mungkin juga langkah pertama. belajar membina diri,mendidik rohani,belajar demi Islam,untuk saham akhirat jugak,kan. Allahumma faqqihna fiddin~
Banyak lagi cabaran2 mendatang yang menanti KITA..semuanya bermula daripada DIRI kita sendiri. perjalanan ni masih jauh,tak nampak lagi pengakhirannya. memang meletihkan,tak nampak lagi mana untung pelaburannya. confidence in Allah,have faith bcoz only HE knows the best :) <sile semangat> kita saling mengingatkan ats dasar kasih syg,kan :)

 "Those who believe, and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah. for without doubt in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction. {Ar-Ra'd : 28}


   Adik beradik ^sakinatul wafa'^ anda semua kekuatanku selain mereka yang utama.. syukur dan jazakallah yg mampu terucap.sayang anda semua~moga berukhwah keranaNya dan moga berkekalan.
sakinatul wafa'>>kenapa sakinatul wafa'
sakinah= ketenangan; ketenteraman
wafa'= kepercayaan; kesetiaan; keikhlasan
semoga kami adik-beradek sentiasa dihiasi sifat2 dan suasana tersebut,inshaAllah :)
sakinatu wafa'>> juge insan2 yg kami sayangi :D adik beradik lg sorg blk rumah ni skali skala je :P

    hakikatnya,kami masih lagi kanak-kanak ^_^ budak kecik yang baru nak belajar..belajar macam2,yang tak dapat dipelajari mase sekolah dulu,yang mungkin tak dapat kalau terus stay sambung blajar kat tanah air Malaysia tu,yang takde dalam durusiah doktor2,yang takde dalam buku2 kat maktabah..wallahu a'lam
semoga menjaga diri dan terjaga hendaknya (",)

~my jOuRnEy oF L!fE~ [by 'Aainaa]

بسم الله الرحمن الرحىم

pertama sekali,,aina nak ckap yg i'm not really good in writing..hehehe...so,,cam blasah je la nk tulis ape an..jgn komen2 sal hasil karya saye taw..susah nk kluarkan neyh...atas sebb2 trtentu jek sy berkarya...~hehehehe~

"Once you have made the decision, once u have choose that path,,go through it. Don't ever look back"

kenapa aina cakap mcm ni.??
sbb,,pd mulanya, ini bkan lah jalan yg aina mahukan.. JORDAN bkanlah tempat yg aina impikan utk menyambung perjuangan sebagai seorang pelajar.. Cuma,,sebagai insan,,kita hanya mampu merancang.. Tetapi,, percaturan dariNYA lebih hebat dan walaupun aina x suke,,dan kdang2 aina pernah rase yg,, aina x layak utk ade kat sini.. and this place is not where i belong to be..

mungkin ade hikmahnya mengapa aina dicampakkan ke sini

kerana..??
 firman Allah:
"Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah  menjadikan padanya kebaikan yang banyak..." (an Nisa : 19) 


jadi,,walaupun ade sedikit ralat di hati kerana terpaksa melepaskan 1 peluang yg sgt diidam-idamkan sejak dulu {peluang tu aku da lame nak sgt..lame da..errmm,,sejak aku knal ape itu ABC la..lame kan..?? ~hehehe}langkah perjuangan ini tetap diteruskan..walaupun bnyk dugaan dan kepayahan yg ade...dan,,tidak terkira banyaknya air mata yg mengalir..{kalo x caye,,tnye ahli bayt sakinatul wafa yg len n kaunselor persendirian saya,,sye menjadi seorang yg sgt cengeng di sini} ~huhu~

tapi,,itulah namanya kehidupan..
so,,walau ape kesusahan yg ade,,InsyaAllah,,telah Allah janjikan kesenangan di sebaliknya..

chaiyook2x...!!!!
syagga3x...!!!!!!
basssyyaaaaaa...!!!!!

{ KePaDa aHl! bAyT sAkiNatUl wAfA )


* 1st,,aina nk cakap
i am so glad,,to be with you guys..
acik: thanx atas nasihat2 anda
piya: thanx krn ade di sisi sejak PITT,mesir hingga ke sini
ya: thanx krn mnjadi tman sebilik yg memahami { n gile2} 


* 2nd,, aina nk bgtau
i am new to this world..i need support from u guys..!!there are many and lot of new things i should learn..please do give some advices,,don't leave me behind.. { bak kate si torres,,sile bersama2 mnjadi tulang belakang yek } 

* 3rd,,aina nk pesan
saye bkn org yg reti menunjukkan kasih sayang..~hOhO~
cam agak rahsie di situ,,dan kadang2,,saye hanye memendam shj ape yg terbuku di hati ini..
JADI,,
cam sori tau kalo2 kalian mcm rase agak kurang kasih syg dr saye...hehehe... pd hakikatnye,, i lOVe yOu aLl taw.. ~hehehe~


* 4rd,,cheq nak habaq
~i lOve yOu,,yOu lOve me,,we aRe haPpY faM!ly,,wIth a gReAt b!g hUg,,aNd k!s$ frOm mE tO yOu,,I lOVe yOu, aNd yOu lOVe mE..!!~



 
aku menulis berdasarkan kata hati..
 ...kechintaanku pada ..cHoCo..~..
   {lg cam rahsiee}