BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 5, 2011

Alhamdulillah [by Achik Ifah]

"Guess what, Bayt Sakinatul Wafa' 1st!" kata 'Aainaa. "1st untuk apa? Ahh, baru teringat, dulu ada Pertandingan Rumah Tercantik peringkat PERMATA, diumumkan di AGM kali ke-12 kelmarin ye? Owh, alhamdulillah," respon saya di dalam hati.

Menjaga kebersihan adalah bertepatan dengan tuntutan Iman kepada seseorang Muslim. Maka kami perlu berusaha untuk itu. Bila terasa malas, segera mengingatkan diri; alam ini ciptaan Tuhan, amanahNya buat kita sebagai Khalifah, jadi, kalau bukan kita yang memelihara dan memulihara, siapa lagi?



Kami meyakini setiap insan yang melafazkan syahadah, bererti dia seorang da'ei. Seorang da'ei pasti akan aktif berda'wah, bercakap tentang Islam di dalam kelompok kecil mahupun besar. Justeru, kami sentiasa tanamkan dalam diri, bagaimana kami boleh bercakap tentang Islam seandainya diri kami adalah Muslim yang tidak menjaga kebersihan sedangkan kebersihan adalah sebahagian daripada Iman. Jangan sampai iman kita tercalar kerana kesilapan sendiri.

Kata-kata ini sering menggetarkan hati kami untuk lebih tegar dengan praktik dan amal :

"I went to the West and saw Islam, but no Muslims. I got back to the East and saw Muslims, but not Islam." 
Muhammad Abduh

Tuntasnya, mempraktikkan kebersihan itu sebahagian dari langkah ke arah ketaqwaan. Ia satu jihad, bukan lagi retorik tapi harus praktik.


Jika kami sedikit culas, kami ada Ibu Piya untuk mengingatkan, hehe. Semoga kami dan kita semua adalah Muslim yang Islam, ayuh!~



Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi”(Al-Muddaththir 74 : 1-5)



Malaysian Food [by Kinah]


assalamualaikum.
alhamdulillah.hari ini (waktu jordan) adalah hari lahir ayah.semoga ayah sihat-sihat sentiasa, dimurahkan rezeki (insyaAllah banyak projek masuk nanti), dipanjangkan umur (semoga dapat melihat generasi keturunan seterusnya), diberikan kesabaran dalam mendidik anak-anak ayah dan dalam menghadapi segala cabaran hidup di dunia yang sementara ini.
i love you, ayah. :)

*******************************************
sebelum masuk topik kepada malaysian food yang sangat dirindui.
..nak menyuntik semangat DSLR sekejap..hihi..



D3100 menjadi sasaran terkini tanpa menidakkan perjuangan di Bumi ini.

***************************************
malaysian food ~

biskut samperit (betul ke spelling die ni..??)
inilah favourite paling dahsyat sekali.hanya dengan satu balang besar boleh dihabiskan seorang diri tapi bukanlah dalam masa satu hari ye.

dan ini cornflakes madu yang amat digemari oleh kaum kerabatku.menjadi satu kemestian but not kewajiban (nanti boleh jadi hukum haram pulak) setiap tahun akan membuat biskut ni..dan orang yang paling excited nak buat biskut ini ialah Acin (adik bongsuku).teringat masa Acin kecil dulu.."ibu, bile nak buat biskut KONFLIK nih??" haha

biskut sarang semut.kalau pergi raya rumah orang, inilah biskut yang dicari.lebih kurang sama kes dengan biskut samperit tadi.

kuih keria..menu sarapan pagi..*beli kat gerai je

kuih bakar

roti jala..my siblings' favourite..berebut kalau makan nih.

kuih gulung..ada orang panggil kuih ketayap..tapi tak kesah la asalkan 'ngap'.

cendol.dekat jordan memang tak jumpa menu ni.
cendol dan leman dawi dah tercatat dalam sejarah keluarga kami.
sehinggakan leman dawi ialah ayah angkat kami. :)

inilah tempat beliau mencari rezeki.

jus epal. ayah selalu order jus ni sehinggakan along pun ikut macam ayah.hihi

cheesecake.emm.sedap2.teringat zubair buatkan cheesecake nih untuk my birthday
..cuma sekarang ni belum pernah try resepi nih :(

kuey teow kung fu ibu the beessttt..

pisang goreng

keropok lekor..kat pasar malam banyak giler kott..

chicken chop ibu lagi sedap dan berkhasiat.

char kuey teow..emm nak lagi sedap kene kasi kuah lebeh punye..
..bila teringin nak makan, gerai mak cik yatie menjadi port best sekali.

waahh ikan bakar..BBQ..lagi sedap bila cicah dengan kuah asam

kerang bakar..pergghh begitu enak sekali dicicah dengan sambal kicap

lontong..menu hari raya tapi mudah untuk didapati di restoran TTJ time breakfast setiap hari..huhu

mee goreng mamak

nasi ambang..kalau balik kampung bukit bangkong..mesti ada nasi ni terutama hari jumaat.
inilah adat orang jawa.



nasi goreng pattaya.favourite Acin and Angah.

nasi goreng kampung

rindu nak makan nasi kerabu dengan ibu :)

nasi goreng paprik

satay

ikan baung masak lomak..ini kalau balik kampung permatang pasir, linggi mesti induk masakkan..

ayam masak paprik..nenek yah masak sedap..ni juga menu raya kami..special kan?? haha

ikan bilis masak sambal kicap..menu paling simple sekali tapi sangat menyelerakan.tambah2 kalau ikan bilis tu rangup.

ikan masak taucu..pergghh yang ni dah lama tak makan.

sayur kailan masak ikan masin..kalau ada sotong, mesti berebut dengan angah.

pucuk ubi masak lomak

sambal udang bersama petai kegemaran ayah

sotong masak kunyit..angah mesti ambil sotong lebih dari kuantiti nasi.haha

ikan masak sweet sour..bagi nanas & kuah lebih sikit..nanti semua macam ikan pirana bak kata ayah..haha

hakikatnya, amat merindui makanan malaysia..tapi apakan daya perlu banyak bersabar..makanan arab pun sedap jugak..alhamdulillah..

tapi kalau menangis air mata darah sekali pun tanpa usaha, takkan dapat sesuatu.so, kita kena berusaha untuk memasak.hihi.
apa-apa pun makanan itu rezeki daripada Allah..dan kita hidup bukan untuk makan..tapi kita makan untuk hidup serta menjalankan tanggungjawab kita beribadah kepada Allah. :)

Ujian Adalah Tarbiyyah [by Piya]


ujian adalah tarbiyah~


Bismillah
-ujian-

not only UPSR-PMR-SPM-STPM-STAM-or-what-so-call
setiap hari adalah ujian dariNya, ujian hidup.

even dah lepas sekolah, exam, exam and exam!
kakak said: selamat hari-hari exam :P
exam-oriented; mnyebabkan kami harus tabah dgn exams :D
tawakal~ katanya;
kata guru saya, kalau dah tawakal, then once u get the result, sedih/frust tak kalau x seperti diharapkan?
-mestilah!!!
kenapa?
---
kan dah usaha, dah doa, dah usaha lagi, dah sit for the exam, lepas tu TAWAKAL?
kalau dah
 tawakal dengan sebenar-benar tawakal, tak patut ada rasa macam tu. sebab, kita dah serah pada Dia. means, Dia bagi yang terbaik untuk kita. don't u feel so?
-.-"

may Allah bless, all the best utk semua yg tgh on exam mode :D
mood pn tak tentu exam2 ni ye~
ni baru imtihan dunia..fuuu

                                                                                          
-------------------------
thanks to both of u; tak pernah jemu reply each and every single message, esp hari2 exam~ mohon restu dan doanyaaa.. 
# tak semua org dapat apa dia nak.
# dosa penghijab doa -.-"
astaghfirullah

Berani Bermimpi Besar [by Ya]

....di kala ini,pena amat tertarik dengan suatu tajuk iaitu "Berani Bermimpi Besar"...salah satu tajuk yang terkandung dalam modul sang pembelajar..namun..di kesempatan ini..pena ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu atau mungkin berbentuk perbincangan ilmiah sebagai perangsang perjalanan hidup seorang pengembara ilmu...
     

tatkala pena berjalan melukir tajuk Berani Bermimpi Besar..pena mula terfikir..apakah modul kecil yang boleh dikaitkan bersama tajuk ini..jadi,suka sekali untuk pena mengaitkan tajuk kita kali ini dengan 3 tajuk kecil yang lain iaitu Berani Mencuba, Mencipta Impian dan Percaya Diri...suatu persoalan mula timbul di benak..mengapa perlu dikaitkan dengan 3 tajuk kecil itu??
....untuk lebih jelas dengan penulisan yang bakal di bawa oleh pena..mari pena terangkan sedikit rentak penulisan pena pada kali ini...Berani Bermimpi Besar...tajuk yang cukup hebat dan cukup kuat untuk di perbincangkan...pabila kita sudah berani untuk bermimpi besar..harus ada rasa berani mencuba..pabila datang rasa berani mencuba..akan timbul rasa untuk mencipta impian..dan kesemuanya memerlukan dan berkait kuat dengan rasa percaya diri...anda setuju??
   

baiklah..akan pena sentuh satu demi satu elemen yang ingin pena sampaikan...sebelum melangkah ke suatu tahap yang lebih tinggi..ingin pena suarakan matlamat dan objektif utama mengapa perlu pena hasilkan tajuk ini...
     objektif utama:
  * untuk membina rasa percaya pada diri
  * untuk membina keyakinan pada diri
  * untuk memperjelaskan kembali matlamat diri
  * untuk memberitahu diri bahawasanya kita hebat
 matlamat dalam penghasilannya hanya satu...agar dapat memberi manfaat kepada semua dalam  mengejar misi dan visi ke gerbang kejayaan... 




.....kembali bersama pena dalam melakar episod Berani Bermimpi Besar..pertama kalinya..pena ingin membawa kalian kepada tajuk kecil kita yang pertama iaitu Berani Mencuba...atau bahasa jawanya Berani Mencoba..kata kunci yang ingin di kongsi ialahBERANI..lumrah manusia itu dilahirkan dalam keadaan berbagai emosi...namun..dalam situasi mengejar dan melakar impian..emosi dan rasa takut,gerun dan juga rendah diri perlu dilontarkan jauh sebelum impian hanya tinggal angan-angan semata-mata..jangan takut gagal sebelum mencuba..jangan takut jatuh sebelum melangkah..buang segala keraguan dan kebimbangan..hakikatnya kecemerlangan hanya milik kita yang berani mencuba..dalam perjalanan hidup ini..perkara yang mustahil hanya akan jatuh kepada siapa yang tidak berani untuk mencuba..atau mungkin kepada yang tidak pernah mencuba..TIDAK..5 huruf yang dikira sebagai perosak impian..sebagai contoh: "tidak..aku tidak mampu.." "tidak..aku tidak hebat.." tidak dan tidak...apakah sebenarnya yang terkandung dalam 5 huruf ini??sehinggakan setiap tutur kata perlu di mulai dengan tidak..ingin pena kuatkan dan jelaskan sekali lagi..jangan pernah kita berserah sebelum langkah bermula..
  
tertarik untuk membawa suatu analogi ringkas...seorang mahasiswi...asalnya hanya insan biasa..namun diberi tugasan untuk melakukan suatu tugasan hebat ..iaitu..perlu menyertai suatu persidangan perdebatan antara universiti-universiti...suatu perkara yang perlu di jelaskan disini..debat bukanlah bidangnya...dia perlu berhadapan dengan pelajar-pelajar hebat yang lebih berpengalaman dalan dunia perdebatan..apakah risiko yang perlu dihadapi oleh mahasiswi hingusan ini??pertamanya..berhadapan dengan para cerdik pandai yang jauh lebih tinggi ilmunya..kedua..berhadapan dengan para pendebat yang jauh lebih hebat dan berpengalaman..ketiga..berhadapan dengan para penonton yang tergolong dalam kalangan para mahasiswa dan mahasiswi luar negara..berat bukan??namun..rasa ingin mencuba terus membakar dirinya untuk maju dan berhadapan dengan kesemua risiko itu tanpa pernah menyatakan "TIDAK,AKU TIDAK MAMPU"

...secara puratanya..untuk BERANI MENCUBA perlu ada rasa yakin...perlu kuat menghadapi risiko yang sedang menanti..tidak boleh tidak,risiko adalah suatu fenomena yang perlu kita tempuhi...namun berbekalkan semangat berani mencuba..segalanya tidak lagi mustahil dan tidak lagi fantasi malahan suatu realiti yang nyata..
  
 skop yang seterusnya ialah Mencipta Impian...hakikatnya..semua dilahirkan dengan berbagai-bagai impian..sebagai contoh..seorang bayi sangat mengimpikan untuk terus berjalan dan berlari...ciptalah impian setinggi gunung...impian yang dicipta harus jelas dan bermatlamat..tiada yang mustahil bagi mencapai suatu nikmat dan impian...kerna peluang sentiasa terbentang luas bagi siapa yang memerlukannya..walau halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi..puncak kejayaan pasti akan di gapai dan di tawan..bukan sekadar suatu keinginan namun menjadi suatu kemestian..diri adalah kunci kepada segala bentuk kejayaan..magnet kepada titik permulaan kehidupan..kali ini pena ingin menekankan suatu bentuk risiko yang akan dihadapi tatkala impian ingin di gapai..HALANGAN DAN CABARAN..juga VIRUS PUTUS ASA...ketiga-tiga komponan ini merupakan ejen pelemah di kala impian ingin di tuju..

namun,berbekalkan semangat BERANI MENCUBA..kita akan mampu MENCIPTA IMPIAN...di celahan ini..pena ingin bertanyakan suatu persoalan yang sedang berlegar di benak ini..adakah menjadi suatu permasalahan seandainya kita mencipta puluhan atau mungkin ratusan impian??
  
sedikit pendapat atau mungkin perkongsian yang ingin pena suarakan..secara rendah diri..pena berpendapat..tidak menjadi suatu permasalahan seandainya impian itu menjadi plural iaitu lebih dari satu..kerna apa??kerna..dalam menuju ke arah kemantapan kemajuan dan potensi diri..impian akan di jadikan perangsang agar apa yang di inginkan dapat digapai..namun harus dijelaskan sekali lagi..impian perlu bermatlamat agar jelas dan mudah untuk di gapai..
  
 kaedahnya amat mudah...jelaskan dan licinkan matlamat..berani mencuba..dan terus mencipta impian...sebelum terlupa..impian yang ingin digapai haruslah bersesuaian seiring dengan kemampuan diri...

.....seterusnya ialah PERCAYA DIRI...setuju atau tidak..PERCAYA DIRI ada kaitannya dengan POTENSI DIRI...kenyataan ini adalah fakta dan bukannya sekadar omongan kosong..ingin sekali pena bertanyakan kepada semua..SUDAHKAH ANDA MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM HIDUP ANDA??adakah anda seperti seekor helang yang bertindak laku seperti ayam??meski dia seekor helang..sama sekali tidak pernah mencuba untuk terbang..mempersiakan potensi diri yang sememangnya hak milik seekor helang...tidak pernah mencuba untuk terbang..terus mengabaikan anugerah yang sememangnya di cipta untuk seekor helang...persoalan yang masih timbul..adakah anda juga berpewatakan seperti helang yang mempersiakan potensi diri??sehingga ke hari ini..mungkin anda merasakan bahawa anda telah melakukan yang terbaik dalam hidup anda..anda pasti??anda yakin??seandainya anda berpewatakan seperti helang itu..mempersiakan potensi diri..sudah berapa banyak peluang yang anda lepaskan???sejauh mana potensi diri yang telah anda sia-siakan??mempersiakan kebolehan diri begitu sahaja..tahukah anda betapa hebatnya diri anda??tahukah anda bahawasanya anda lebih hebat dari apa yang anda fikirkan??jadi..apa yang perlu anda lakukan...??terus berdiam tanpa menggunakan potensi yang ada??

    kini..pena kembali bersuara dengan nada yang tegas...ANDA PERLU BANGKIT DARI LAMUNAN...ANDA PERLU PERCAYA PADA DIRI...sedarlah..seandainya kita beranggapan bahawa komputer itu hebat..sebenarnya..kita jauh lebih hebat darinya..kehebatan yang luar biasa akan dapat di lahirkan seandainya wujud rasa percaya pada diri...untuk menerbitkan rasa percaya diri..perlu ada rasa yakin pada diri...tiada siapa yang mampu menggerakkan rasa itu melainkan diri sendiri..oleh itu..ayuh kita bangun..bina rasa yakin pada diri..terbitkan rasa percaya pada diri...tatkala ingin BERANI MENCUBA..akan timbul rasa untuk MENCIPTA IMPIAN..di saat impian mula di cipta..akan adanya rasa PERCAYA DIRI...
....dengan berbekalkan ketiga-tiga elemen itu..maka akan wujudnya suatu semangat yang luar biasa dalam menggapai sebuah kegemilangan iaitu..BERANI BERMIMPI BESAR.....binalah impian sebesar mungkin..kesan potensi diri..terus berani mencuba...bersama kita menggapai impian di medan kegemilangan..

  dikesempatan ini..pena berharap agar kita dapat memperjelas matlamat dan kembali bersemangat dalam menjalani hidup sebagai seorang pengembara ilmu...
   SIAPA HEBAT???SAYA..YA,SAYA HEBAT..terus maju melakar impian...bangkit dari lamunan..terus gigih mengejar impian..kita sahut cabaran..kita redah halangan...kita genggam kejayaan..
salam suksess..salam perjuangan...


karya:kembara_sufi
          ::08022011::