BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 10, 2010

Saya Mahu Marah, Boleh Tak? [by Achik Ifah]

Surah AlBaqarah, ayat 286 :
Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.
 "Achik, boleh tak ajar macam mana nak buat isbat tholib?" pinta seorang pelajar baru. Lalu saya memilih untuk menerangkan all the steps untuk proses tersebut. Tapi, bukan mudah untuk terus faham kalau hanya mendengar teori kan? Maka, kami terus menuju ke Mujamma' Qodim untuk memulakan operasi.

Keesokan harinya, "Achik, boleh tak ajar macam mana nak buat isbat tholib?" sekali lagi beberapa orang pelajar baru memohon pertolongan. "Boleh, boleh, takde masalah," kali ini kami terus ke Mujamma' Qodim tanpa belajar teori terlebih dahulu. Praktikal terus lagi senang kot, hee.

Esok, dan esok, dan esok lagi, keadaannya masih sama.

Oooppss, isunya di sini bukan isbat tholib mahupun isu pelajar baru, apatah lagi isu kasyfu alamat yang memang dah keluar dari tajuk. Hal yang sebenar adalah ketika mahu berdepan dengan pekerja-pekerja di jamiah.

Setelah slip bayaran diserahkan...

"Nama pelajar ni takde simpanan dalam bahasa inggeris," tegas Makcik A. "Owh, macam tu. Hmm, boleh tak saya nak tengok dulu?" pinta saya. "Eh, awak ni tahun berapa? Takkan tak faham saya cakap apa? Kalau dah takde tu, kena lah mintak kat Asmahan, bukan tengok kat saya!" bertambah tegas nampaknya Makcik A ni ye, errr~

"Awak ni nak buat dalam bahasa inggeris ke bahasa arab?" Makcik A bertanya. "Meh kejap saya tunjukkan yang mana satu nak buat bahasa inggeris, mana satu yang nak bahasa arab," saya menawarkan pertolongan. "Heish, saya nak cepatlah, kenapa awak ni lambat sangat?" Makcik A tersebut 'beramah mesra' sambil menghempaskan kertas-kertas yang ada di atas meja beliau. Adeh!~

Dan esok, dan esok, dan esok, semakin banyak episod yang melibatkan saya bersama-sama Makcik A yang chumeLL itu untuk mencetak isbat tholib yang dimahukan. Haha, kena lagi!~

Indah betul kenangan-kenangan itu ye, err~

Huuu, apa sebenarnya yang nak disampaikan? Sesungguhnya saya benar-benar diuji untuk bersabar di setiap situasi di atas. Ya, dahulu saya bukan seorang yang penyabar. Panas baran itu dah tentu. Tersalah orang lah kalau ada yang menganggap saya setenang air sungai yang mengalir, hihi. Bukan sungai Nil tau!~

Namun, saya telah dididik untuk cuba bersabar, selalu, sering, dan sentiasa, itulah didikan yang saya terima. 

Dulu-dulu...

"Achik pernah dengar tak orang kata 'sabar pun ada hadnya'?" Abah memulakan bicara sambil memandu kereta dengan tenang. Saya mengangguk-angguk tanda mengiakan. "Abah tak setuju dengan kata-kata macam tu, nak tahu kenapa?" sambung Abah lagi. "Nak, nak!" saya menjawab dengan penuh teruja.

Mari kita rujuk kembali kepada sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang kita pelajari dalam Fiqh Sirah Nabawiyyah bersama Dr. Mustafa ataupun Dr. Ali Fawwaz. Ujian yang ditimpakan ke atas baginda sangat hebat.

Kehilangan ayah sebelum dilahirkan, kematian ibu ketika masih kecil, datuk pula pergi menghadap yang Maha Esa ketika baru mahu bermanja, bapa saudara dijemput pulang ketika sedang menghadapi tekanan, kemuncak yang paling tinggi seterusnya pula ialah ketika Khadijah Binti Khuwailid dipanggil pulang oleh yang Maha Besar. Konklusinya, semua insan yang baginda kasihi diambil kembali oleh Allah.

Belum lagi dikira ujian ketika mahu menyebarkan risalahNya. Dibaling najis, dihujani batu, dipulau oleh kaum sendiri, cedera dalam peperangan, dan macam-macam lagi. Zaman baginda bukannya ada Facebook, YM, Skype, internet mahupun telefon bimbit seperti kita sekarang untuk digunakan bagi memudahkan penyebaran da'wah. Namun berkat kesabaran, ketabahan, kekuatan, dan kecekalan baginda, Islam sampai kepada kita dan hari ini kita dapat mengenal Allah juga merasai indahnya iman, alhamdulillah.

Mungkin ada sesetengah mengatakan bahawa  baginda dapat menghadapi ujian-ujian tersebut kerana baginda merupakan seorang Rasulullah.

Sedarlah, baginda juga manusia biasa seperti kita, yang membezakan cuma baginda ditugaskan membawa risalah Allah serta mempunyai keimanan yang benar-benar mantap. Tambahan pula, ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan baginda sendiri. Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat, bukankah itu sifirnya?

"Sebab itu sabar sebenarnya tiada had, sabar itu indah, hanya kita yang perlu bijak memilih untuk sabar atau tidak," Abah menghabiskan tazkirah ringkasnya hari ini dengan senyuman. "Kalau macam tu, Abah tak boleh marah-marah kitorang lagi lah kan?" saya mengusik. "Itu dah masuk tarbiyatul awlad pulak, tak sama situasi," kata Abah. Hehe, baiklah!~

[Takde motif letak gambar Ahmad Ibrahim Bin Azam, huhu :p eh, ada, ada, motifnye ialah bersabar menahan rindu, haaa ;)]
 Kita boleh mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang tinggi kepadaNya, insha allah. Ingatlah bahawa kita ini hanyalah manusia yang fitrahnya lemah. Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t.

Bersabarlah dalam semua keadaan, dimarah, dicerca, ditegur, kehilangan, kegagalan, kejayaan, dibenci, difitnah, dibebani, dan semua jenis ujian yang ada di muka bumi ini.

Bahkan Nabi s.a.w. sendiri melarang kita untuk marah. Baginda menegaskan sebanyak 3x di dalam hadis baginda berkaitan sifat negatif ini. Hmmm...

Kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya!~

p/s : kena tengking je pun Achik Ifah nih! Huuu~

**Tenang-Tenang Aje by Achik Ifah**



0 comments: