BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 5, 2011

Malaysian Food [by Kinah]


assalamualaikum.
alhamdulillah.hari ini (waktu jordan) adalah hari lahir ayah.semoga ayah sihat-sihat sentiasa, dimurahkan rezeki (insyaAllah banyak projek masuk nanti), dipanjangkan umur (semoga dapat melihat generasi keturunan seterusnya), diberikan kesabaran dalam mendidik anak-anak ayah dan dalam menghadapi segala cabaran hidup di dunia yang sementara ini.
i love you, ayah. :)

*******************************************
sebelum masuk topik kepada malaysian food yang sangat dirindui.
..nak menyuntik semangat DSLR sekejap..hihi..



D3100 menjadi sasaran terkini tanpa menidakkan perjuangan di Bumi ini.

***************************************
malaysian food ~

biskut samperit (betul ke spelling die ni..??)
inilah favourite paling dahsyat sekali.hanya dengan satu balang besar boleh dihabiskan seorang diri tapi bukanlah dalam masa satu hari ye.

dan ini cornflakes madu yang amat digemari oleh kaum kerabatku.menjadi satu kemestian but not kewajiban (nanti boleh jadi hukum haram pulak) setiap tahun akan membuat biskut ni..dan orang yang paling excited nak buat biskut ini ialah Acin (adik bongsuku).teringat masa Acin kecil dulu.."ibu, bile nak buat biskut KONFLIK nih??" haha

biskut sarang semut.kalau pergi raya rumah orang, inilah biskut yang dicari.lebih kurang sama kes dengan biskut samperit tadi.

kuih keria..menu sarapan pagi..*beli kat gerai je

kuih bakar

roti jala..my siblings' favourite..berebut kalau makan nih.

kuih gulung..ada orang panggil kuih ketayap..tapi tak kesah la asalkan 'ngap'.

cendol.dekat jordan memang tak jumpa menu ni.
cendol dan leman dawi dah tercatat dalam sejarah keluarga kami.
sehinggakan leman dawi ialah ayah angkat kami. :)

inilah tempat beliau mencari rezeki.

jus epal. ayah selalu order jus ni sehinggakan along pun ikut macam ayah.hihi

cheesecake.emm.sedap2.teringat zubair buatkan cheesecake nih untuk my birthday
..cuma sekarang ni belum pernah try resepi nih :(

kuey teow kung fu ibu the beessttt..

pisang goreng

keropok lekor..kat pasar malam banyak giler kott..

chicken chop ibu lagi sedap dan berkhasiat.

char kuey teow..emm nak lagi sedap kene kasi kuah lebeh punye..
..bila teringin nak makan, gerai mak cik yatie menjadi port best sekali.

waahh ikan bakar..BBQ..lagi sedap bila cicah dengan kuah asam

kerang bakar..pergghh begitu enak sekali dicicah dengan sambal kicap

lontong..menu hari raya tapi mudah untuk didapati di restoran TTJ time breakfast setiap hari..huhu

mee goreng mamak

nasi ambang..kalau balik kampung bukit bangkong..mesti ada nasi ni terutama hari jumaat.
inilah adat orang jawa.



nasi goreng pattaya.favourite Acin and Angah.

nasi goreng kampung

rindu nak makan nasi kerabu dengan ibu :)

nasi goreng paprik

satay

ikan baung masak lomak..ini kalau balik kampung permatang pasir, linggi mesti induk masakkan..

ayam masak paprik..nenek yah masak sedap..ni juga menu raya kami..special kan?? haha

ikan bilis masak sambal kicap..menu paling simple sekali tapi sangat menyelerakan.tambah2 kalau ikan bilis tu rangup.

ikan masak taucu..pergghh yang ni dah lama tak makan.

sayur kailan masak ikan masin..kalau ada sotong, mesti berebut dengan angah.

pucuk ubi masak lomak

sambal udang bersama petai kegemaran ayah

sotong masak kunyit..angah mesti ambil sotong lebih dari kuantiti nasi.haha

ikan masak sweet sour..bagi nanas & kuah lebih sikit..nanti semua macam ikan pirana bak kata ayah..haha

hakikatnya, amat merindui makanan malaysia..tapi apakan daya perlu banyak bersabar..makanan arab pun sedap jugak..alhamdulillah..

tapi kalau menangis air mata darah sekali pun tanpa usaha, takkan dapat sesuatu.so, kita kena berusaha untuk memasak.hihi.
apa-apa pun makanan itu rezeki daripada Allah..dan kita hidup bukan untuk makan..tapi kita makan untuk hidup serta menjalankan tanggungjawab kita beribadah kepada Allah. :)

0 comments: