BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 8, 2011

What's In My Mind [by Achik Ifah]


1 )

si A: "Seronoknya kalau dapat suami romantik macam Seth Tan [Nora Elena]."

si B: "Bahagianya kalau dapat suami penyabar macam Adam [Adamaya]."

si C: "Bestnye kalau dapat suami cute macam Hyuk Jae [Super Junior]."

si D: "Sukanya kalau dapat suami handsome macam Shah Rukh Khan [Kuch2 Hota Hei]."

si E: "Gembiranya kalau dapat suami setia macam Justin Bieber [Baby]."

heh, barangkali mereka lupa atau tidak tahu betapa hebatnya RASULULLAH sebagai seorang suami, dan yang paling PENTING, betapa kasihnya ALLAH terhadap hamba-hambaNya

2)

Setiap tahun akan ada berita tentang pungutan zakat PALING tinggi di mana-mana negeri di Malaysia. Apalah yang hendak dibanggakan dgn pencapaian berjaya meningkatkn hasil kutipan zakat dari tahun ke tahun tetapi, ia TIDAK diuruskn sebaik mungkin. Bila timbul isu murtad atas sebab kemiskinan, pihak lain yang dipersalahkan, haih *_* [zakat dipungut namun si miskin terus merungut]

p/s : ramai n0n-Muslim yg AMAT bersungguh-sungguh dengan usaha "da'wah" mereka kepada orang Muslim sebab mereka YAKIN dengan kebenaran agama mereka...KITA? isu aqidah, isu bersama, baik Melayu, Cina, India, mahupun siapa-siapa, asalkan bernama MUSLIM

3) 

ukhuwwah fillah lillah?;

mungkin ada yang b0san apabila selalu diingatkan tentang Tuhan,
tapi itulah hakikat kita sebagai insan,
bersuka-suka sentiasa bukan tujuan,
sungguh saya benar-benar menyayangi kalian,
tapi saya takkan menyenangi sebarang perbuatan yang melanggar hukum Tuhan,
sama sepertimana saya membenci diri sendiri apabila melakukan kekhilafan,
t0l0nglah faham wahai kawan,
bermanfaat di dunia dan di akhirat; itulah seni kehidupan


haih~ *_*

4) 

Ramadhan dekat di hati kita, namun saya yakin bukan pada semua. Ramai lagi di luar sana yang tidak menikmatinya, mungkin tidak tahu, mungkin tidak diberitahu. Dunia mereka, dunia kita?
Alhamdulillah for another Ramadhan :) giving, praying, and be more patience~

p/s : for fasting, not feasting, for feeding, not eating

5) 

menegur harus dengan alternatif. tertegur pula harus berubah dengan pr0aktif. kita semua tahu ia bukan gambaran sebenar. tetapi sebahagian kecil daripada kita ada yang melakukannya seolah-olah dialah yang paling benar. ayuh membantu mempermudahkan semua insan membuat kebaikan!~

*TahajudCinta?*

p/s : moga Palestin dan Syria selalu ada dalam setiap lafaz d0'a kita. moga mahmoud abbas tidak mengkhianati perjuangan HAMAS dan rakyat Palestin keseluruhannya. moga rakyat Syria sentiasa dalam perlindunganNya. moga kita semua tegar dengan amal-amal nyata yang cemerlang. demi kemenangan dan ummah yang gemilang. moga-moga, m0h0n dengan amat sangat ya raBB!~


Sunday, June 5, 2011

Alhamdulillah [by Achik Ifah]

"Guess what, Bayt Sakinatul Wafa' 1st!" kata 'Aainaa. "1st untuk apa? Ahh, baru teringat, dulu ada Pertandingan Rumah Tercantik peringkat PERMATA, diumumkan di AGM kali ke-12 kelmarin ye? Owh, alhamdulillah," respon saya di dalam hati.

Menjaga kebersihan adalah bertepatan dengan tuntutan Iman kepada seseorang Muslim. Maka kami perlu berusaha untuk itu. Bila terasa malas, segera mengingatkan diri; alam ini ciptaan Tuhan, amanahNya buat kita sebagai Khalifah, jadi, kalau bukan kita yang memelihara dan memulihara, siapa lagi?



Kami meyakini setiap insan yang melafazkan syahadah, bererti dia seorang da'ei. Seorang da'ei pasti akan aktif berda'wah, bercakap tentang Islam di dalam kelompok kecil mahupun besar. Justeru, kami sentiasa tanamkan dalam diri, bagaimana kami boleh bercakap tentang Islam seandainya diri kami adalah Muslim yang tidak menjaga kebersihan sedangkan kebersihan adalah sebahagian daripada Iman. Jangan sampai iman kita tercalar kerana kesilapan sendiri.

Kata-kata ini sering menggetarkan hati kami untuk lebih tegar dengan praktik dan amal :

"I went to the West and saw Islam, but no Muslims. I got back to the East and saw Muslims, but not Islam." 
Muhammad Abduh

Tuntasnya, mempraktikkan kebersihan itu sebahagian dari langkah ke arah ketaqwaan. Ia satu jihad, bukan lagi retorik tapi harus praktik.


Jika kami sedikit culas, kami ada Ibu Piya untuk mengingatkan, hehe. Semoga kami dan kita semua adalah Muslim yang Islam, ayuh!~



Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi”(Al-Muddaththir 74 : 1-5)



Malaysian Food [by Kinah]


assalamualaikum.
alhamdulillah.hari ini (waktu jordan) adalah hari lahir ayah.semoga ayah sihat-sihat sentiasa, dimurahkan rezeki (insyaAllah banyak projek masuk nanti), dipanjangkan umur (semoga dapat melihat generasi keturunan seterusnya), diberikan kesabaran dalam mendidik anak-anak ayah dan dalam menghadapi segala cabaran hidup di dunia yang sementara ini.
i love you, ayah. :)

*******************************************
sebelum masuk topik kepada malaysian food yang sangat dirindui.
..nak menyuntik semangat DSLR sekejap..hihi..



D3100 menjadi sasaran terkini tanpa menidakkan perjuangan di Bumi ini.

***************************************
malaysian food ~

biskut samperit (betul ke spelling die ni..??)
inilah favourite paling dahsyat sekali.hanya dengan satu balang besar boleh dihabiskan seorang diri tapi bukanlah dalam masa satu hari ye.

dan ini cornflakes madu yang amat digemari oleh kaum kerabatku.menjadi satu kemestian but not kewajiban (nanti boleh jadi hukum haram pulak) setiap tahun akan membuat biskut ni..dan orang yang paling excited nak buat biskut ini ialah Acin (adik bongsuku).teringat masa Acin kecil dulu.."ibu, bile nak buat biskut KONFLIK nih??" haha

biskut sarang semut.kalau pergi raya rumah orang, inilah biskut yang dicari.lebih kurang sama kes dengan biskut samperit tadi.

kuih keria..menu sarapan pagi..*beli kat gerai je

kuih bakar

roti jala..my siblings' favourite..berebut kalau makan nih.

kuih gulung..ada orang panggil kuih ketayap..tapi tak kesah la asalkan 'ngap'.

cendol.dekat jordan memang tak jumpa menu ni.
cendol dan leman dawi dah tercatat dalam sejarah keluarga kami.
sehinggakan leman dawi ialah ayah angkat kami. :)

inilah tempat beliau mencari rezeki.

jus epal. ayah selalu order jus ni sehinggakan along pun ikut macam ayah.hihi

cheesecake.emm.sedap2.teringat zubair buatkan cheesecake nih untuk my birthday
..cuma sekarang ni belum pernah try resepi nih :(

kuey teow kung fu ibu the beessttt..

pisang goreng

keropok lekor..kat pasar malam banyak giler kott..

chicken chop ibu lagi sedap dan berkhasiat.

char kuey teow..emm nak lagi sedap kene kasi kuah lebeh punye..
..bila teringin nak makan, gerai mak cik yatie menjadi port best sekali.

waahh ikan bakar..BBQ..lagi sedap bila cicah dengan kuah asam

kerang bakar..pergghh begitu enak sekali dicicah dengan sambal kicap

lontong..menu hari raya tapi mudah untuk didapati di restoran TTJ time breakfast setiap hari..huhu

mee goreng mamak

nasi ambang..kalau balik kampung bukit bangkong..mesti ada nasi ni terutama hari jumaat.
inilah adat orang jawa.



nasi goreng pattaya.favourite Acin and Angah.

nasi goreng kampung

rindu nak makan nasi kerabu dengan ibu :)

nasi goreng paprik

satay

ikan baung masak lomak..ini kalau balik kampung permatang pasir, linggi mesti induk masakkan..

ayam masak paprik..nenek yah masak sedap..ni juga menu raya kami..special kan?? haha

ikan bilis masak sambal kicap..menu paling simple sekali tapi sangat menyelerakan.tambah2 kalau ikan bilis tu rangup.

ikan masak taucu..pergghh yang ni dah lama tak makan.

sayur kailan masak ikan masin..kalau ada sotong, mesti berebut dengan angah.

pucuk ubi masak lomak

sambal udang bersama petai kegemaran ayah

sotong masak kunyit..angah mesti ambil sotong lebih dari kuantiti nasi.haha

ikan masak sweet sour..bagi nanas & kuah lebih sikit..nanti semua macam ikan pirana bak kata ayah..haha

hakikatnya, amat merindui makanan malaysia..tapi apakan daya perlu banyak bersabar..makanan arab pun sedap jugak..alhamdulillah..

tapi kalau menangis air mata darah sekali pun tanpa usaha, takkan dapat sesuatu.so, kita kena berusaha untuk memasak.hihi.
apa-apa pun makanan itu rezeki daripada Allah..dan kita hidup bukan untuk makan..tapi kita makan untuk hidup serta menjalankan tanggungjawab kita beribadah kepada Allah. :)